Jumaat, Disember 10, 2010

Kenduri best ! ! ! tapi penat.

Assalamualaikum..


Adeh. Penat sangat-sangat arini. Sebok je kat kenduri aqiqah sepupu aku tadi. Buat kejenye taklah banyak sangat. Mundar mandir sini sana je tengok-tengok orang buat keje. Gaya macam mandur gituw. nyiahahaha! Takdelah. Dah takde keje nak buat sebab semua keje orang yang lebih dewasa buat. Mungkin tak berani harapkan aku kot. Yelah. Aku bila buat keje je mesti ada yang tak kena sana sini. Asyik cuai je. haih. Takpe. Dalam proses belajo untuk menjadi manusia lagi nih. hehe. Last-last aku diberi tugas cuci pinggan mangkuk gelas cawan sudu garfu je. huk. Takpelah janji nampak jugak aku buat keje. Kang berselesa je atas kerusi kalo orang-orang kampung tengok kompem tanak jadikan aku menantu dorang. Aiseyyyy. Jatuh saham... uhukkkk

Dari pemerhatian aku ecece macam saintis la pulak. Subjek sains dapat brape ye Pikok? adessss ! Bila sebut je kat mana-mana rumah ada kenduri tak kiralah rumah sapepun, mesti heboh sekampung. Pastu akan penuhla rumah yang nak berkenduri tu dengan wanita-wanita yang datang semata-mata untuk tolong buat ape-ape yang patut walaupun takde sape beritaw nak buat kenduri. Riuh satu kampung dengar dorang berborak. Bukan sekadar berborak je. dah sampai tahap jerit-jerit da. Tune sore sorang-sorang tinggi macamlah jarak antara dorang tu sebatu. Tapi semua tu la yang memeriahkan suasana. 


Yang lelaki pulak sebok angkat-angkat barang. Masa ni la nak guna kekuatan lelaki. kenyit2 mata.. ngeh3. Best pulak mengarah dorang. Angkat meja ni pastu letak situ. ehh ehh macam tak lawo je letak situ. Alih letak sini la pulak. Ehh tak sesuai jugak.. hahaha. Kompem yang diarah tu bukan main lagi menyumpah nyumpah dalam hati. Ha ! Ingat aii tak taw? Tak baek sumpah sumpah...Allah marah..lalala..
  
Bab-bab perabih gulai sangat best. Yang ni aii pun teror. Gulai yang penuh periuk beso saix XXL pun kejap je abes dicedok-cedok. Meriah toksah cakap. Suka tengok semua orang makan macam seratus hari tak makan.  nyiahahaha! 

Pastu malam tu semua menyadai je sebab lenguh-lenguh badan pastu tido berdengkur sampai pagi air liur basi keluar sampai terbentuk peta Malaysia pun tak sedar-sedar. Aku tanak termasuk. bole? 
   
Pengunjung blog nih dah berlambak-lambak tinggal link dorang dalam kotak gosip aku. hem. Sorilah. Tak sempat nak bw lagi nih. Besok bole besok? InsyaAllah.. time kasehh sebab view belog yang tak seberapa ni. muahhhhhx sket!!! hehehehe

 



14 kanak-kanak takmo dengar:

waniey berkata...

pikok..if wni bg id n pword pikok tolg buatkan bole??
wni ingt nk letk bckround sidebar tuu white n pink..

PiKOk berkata...

bole tu mmg sgt2 bolehla wani..
tp tkotla pegang pswrd org..hehe

wani cubela dulu..main2 dgn coding dulu..InsyaAllah boleh..:)

rainbowskittle berkata...

woh woh woh. ta suke kenduri. ramai sgt orang. meriah tu memang la meriah.

snf berkata...

bes tengok org kawen.

PiKOk berkata...

rainbowskittle : hehe. tgu tak ramai org. pastu baru pegi..:P

snf : setujuuuu! best sgt2..xsbrla plak nak kawen..ops ! tetiba..ngahaha

A.D.A.M. berkata...

Haha. Bab perabih gulai mmg best la. =D Suka la knduri.

Ajie Mohd Tahir berkata...

dah lme tak g knduri.rewang pon sme.XD

PiKOk berkata...

A.D.A.M : hoho..makan sukela..:P

Ajie : oohhh..takde org buat knduri ye..

syAzAnA berkata...

haha. comel jek. muehehe. rajin yer cik pikok. hehe

PiKOk berkata...

ape yg comel? ape yg rajin? musykil nih..hemmm

kai azmier berkata...

time kenduri ne ler laki2 nak kene kerahkan otot2 + muscle2 angkat itu ini.. adeyh..

5 Tip menjadi Penulis yang terbaik

PiKOk berkata...

sudah semestinye..ehehe

azzey berkata...

pikok: may be sebab x nak penat tu yg ramai dh skrg guna katering ; tp x sama suasananya mcm masak gotong -royong nih...:)

PiKOk berkata...

kalo guna katering tak best sgt. Yang bestnye mmg takkan penat. Tp feel nk buat kenduri tu takdak..hehe