Jumaat, Januari 13, 2012

OmaiGod it's my result!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku dah dapat result exam semester lepas walaupun keputusan keluar agak lambat.

Dua tiga hari sebelum dapat result aku tidur je kompem mimpi result teruk, kena reseat, result tinggi dan macam-macam lagi. Bila mandi tak rasa macam mandi pun. Bila makan kenyang kejap je. Penangan result la katakan.

Tiap-tiap hari asyik duk pikir cemane la kalau-kalau aku sorang je yang terpaksa reseat paper. Uih Nauzubillah..

At last, result dikeluarkan jugak...


Alhamdulillah syukur sangat bila dah dapat tahu result. Tak sia-sia semester 2 aku. aha. Walaupun ketinggalan 0.10 untuk masuk dean list, still imsohepilasampaitaktawnakcakapapapun. *xleh baca?julingkan mata korang. Konfem buleh baca.

So for this sem target aku nak dapat 3.80 pulak. Tapi sem ni lambat lagi abes. Baru stat. Bolehla tidur dulu. ahaha!



Isnin, Disember 19, 2011

Health is Wealth..Kesihatan ialah kekayaan?

Assalamualaikum

Aku selalu dengar orang kata "eleh tak amek semua ni (supplemen,susu dan semua healthy foods) pun sihat je. So TAK perlu amek "

Ak tak akan kata yang statement tu salah sama sekali. Contoh,  tak makan supplemen pun memang boleh sihat. Makan je buah-buah, sayur-sayur banyak-banyak tiap-tiap hari. Masalahnya kan, everyday kita makan buah ke? Respeklah if ada yang makan buah tiap-tiap hari. Good. Good. Contoh je ni contoh.

Selain daripada berdoa agar dikurniakan tubuh badan yang sihat sepanjang hayat, tak salah kalau kita ikhtiar untuk jaga kesihatan diri dengan cara makan makanan berkhasiat.

I'm not a promoter. Nak share sajoooo. 


Ini supplemen. Supplemen oke bukan ubat. Lain supplemen dengan ubat ni. ejaan pun lain. Apatah lagi fungsinya.Suke suke je kata supplemen ni ubat. Aish tampor kang. Aku amek dua bnda ni. Tiap-tiap hari after breakfast. Yang belah kiri tu Evening Primrose Oil atau EPO. kalau pegi mana-mana pastu duk dengar orang sebut EPO ,EPO hah benda ni lah EPOnya. Aku tak reti sangat tentang EPO nih. Nak taw klik sini. Yang belah kanannya pulak Bio E 250 keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka  Blackmores. Yang ni pembekal vitamin E. Dah namanya pun Bio E kan. Nak taw lebih lanjut pegi sini



Yakult. Aku pun tak tahu apa yang baiknya minum Yakult nih. Tapi yang penting sodapppp! Tapi jarang je minum benda nih. Cepat abes.Ye lah. Tiap kali pegi mall, grab dua peket. Balik je terus sambar sorang satu. folo slogan Yakultlah konon-kononnya. eheh. "Every body. Every day." Famili aku ada lima orang. Hah cukup-cukup je. Dua peket dua hari je. Nak minum lagi, tunggu lenkali lah pulak. 

Next!!


Hah yang ni paling penting! Minum susu tiap-tiap hari is a MUST! Mesti. tak boleh tidak. Nasib baik aku memang suka minum susu. Bagi sape-sape yang tak suka minum susu memang seksa nak abeskan susu even sesudu (hiperbola haha). Tapikan sape-sape yang tak suka susu tapi nak minum susu boleh try susu Marigold HL yang macam dalam pic kat atas nih. Susu jenama ni best. Manis. Tapi aku tak prefer sangat susu yang manis. Susu yang memang rasa susu lagi sedap wa cakap lu. 

Itu aje. Banyakkan makan buah. Good for your health.






Rabu, November 30, 2011

Toothache=Miserable life...

Assalamualaikum.


While typing this entry, Pikok's teeth is still "kesengalan". Ahah! Bajetlah aku nak cakap english macam blogger-blogger lain yang sememangnya terer english. vocabs kureng, struktur ayat berterabur. Nama je amek kos TESL. Tapi english lintang-pukang. Nak cakap atau tulis dalam base inggeris je kena rujuk buku grammar. Hadoi! 


My little brother used to say...


"Along ni nama je amek Tesl..tapi perkataan senang dalam english pun tak taw! ish3"


Apela ingat along dia ni kamus ke? Mind you..he's still in primary school but his vocabs are far more advanced than me. Ahhh so sad lah kan. Orang ramai selalu ada mindset cenggini...


        "Sape-sape yang amek Tesl mesti terer English"


Yaa..maybe it's true for certain people..but not me..Whatever it is, sebulan lagi dah nak masuk degree tahun 2! Must study hard nih! Tak pasai-pasai gi sekolah nanti kena booo ngan budak-budak kecik sebab tak taw perkataan anai-anai dalam base inggeris. OmaiGod! Malu malu malu...


Sebenarnya nak cerita something else. Tak pasal-pasal masuk bab-bab english. Lari topik sudah. Oke back to the REAL story to be shared. Gigi Pikok ni sengal-sengal sebab baru lepas cuci gigi atau nak glemer lagi, scaling. Gigi pun kena cuci? Yo ler..Gigi pun macam kereta gak. Kena servis, kena polish. Kalau tak cepatlah rosaknya. Nanti kang umur baru 30 tapi gigi dah stat tanggal satu satu. Ish mintak jauh. Haha aku tulis macam aku ni jenis yang jaga gigi kan? Sebenarnya tak. Memang tak.


Gigi sepatutnya di check-up regularly every six months. Tapi aku tak. Bila plak bertimbun-timbun sampai jadi karang gigi dan rasa sakit, barulah terbuka hati nak gi jumpa dentist. Nasib baik takde yang siyes. 


Kesimpulannya, meet your dentist regularly every six months. Jangan tunggu sakit dulu baru nak pegi. Trust me, kena karang gigi memang sangat-sangat-sangat-sangat menyakitkan ('sangat' yang banyak merujuk kepada degree kesakitan..hehe)  Tu baru kena karang gigi. Cuci gigi sangat best! (mungkin 'sangat' tu agak xsesuai) tapi satu je aku boleh cakap, "Tak rasa sakit sangat during scaling process, cuma sengal. Bunyi alat je kuat". 


p/s : kejap je ada kesedaran nak jaga gigi. Lepas makan je gosok gigi, lepas makan gosok gigi. Dua tiga hari lagi....lepas makan tak gosok gigi. makan lagi, tak gosok gigi jugak. Lama-lama kena karang gigi balik...




Rabu, November 16, 2011

Eh Eh Dah Enam Bulan Laaaa

Cakk cakk! Pikok muncul lagi!! Jun sampai November.. Dah 6 bulan tak update blog ni...


Cerita-cerita bulan Jun sampai November aku dah lupa..jadi tak boleh nak coretkan kat blog. ngehngehngeh..


11.11.11 - takde perkara best terjadi kat aku pun..11.11.11 takdelah spesyel sangat dalam hidup pikok.. :(


Sekarang tengah exam..hidup takdelah heaven sangat.

- Bangun pagi cari buku, bukan lagi henpon. Peluk buku, tido balik...



- Makan tu makan. Nasik aku telan je. Takde lagi sesi kunyah-mengunyah. Mulut sebok menghapai nota-nota sebab takot tak sempat nak hapai semua nota.


- Bila tak sempat hafal semua nota, mulalah fikir-fikir cara nak meniru dalam exam. Cara paling lameeeee---> guna base isyarat ngn rakan sebelah..takpun pura-pura buat regangan.pusing kiri pusing kanan.padahal tengok jawapan orang..hahahah!


- Lepas sembahyang lama je doa..Inilah manusia. Doanya bila ada hajat je. Tak istiqamah langsung. adeh.


- Exam kena pakai baju kurung. Nak iron tak menyempat. Oke recycle je baju-baju yang dah dipakai tapi masih wangi..ehh ade ke?

- Sebelum exam bukan main lagi berdebar sampai dah sepuluh minit kat meja exam pun tak tulis pape lagi. Soalan pun nampak samar-samar je. Power spek tetiba naik.. berdebar punya pasal.


- Lepas exam balik tido. Nak release tension kononnya. Tapi tambah stress sebab mimpi dapat result corot..Nauzubillah..

Apepun, doakan Pikok ye..nak gi stadi ni.. :)